Siri Ekspidisi Pendakian Kabbaladurga

Bangalore, 5 Jun 2011 – Seramai 6 orang ahli ISMA India telah menyertai ekspedisi Gunung Kabbaladurga di Bangalore India. Ekspedisi ini telah disertai seramai 17 pelajar perubatan di sini. Tujuan ekspedisi ini dilakukan ialah bagi memenuhi tuntutan salah satu muwasafat tarbiyah qawiyul jism (sihat tubuh badan) untuk menjadi seorang individu Muslim selain itu juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar di sini. Sebagai seorang Muslim, kekuatan tubuh badan amat penting untuk menjalankan ibadat dengan lebih efektif. Tanggungjawab sebagai dai’e juga memerlukan kesihatan fizikal yang sempurna kerana dakwah itu bukanlah satu kerja yang mudah.  Dari sudut kaedah berinteraksi dengan masyarakat, aktiviti sebegini jelas membantu untuk mengeratkan ukhuwwah sesama Muslim.

 

 Gunung setinggi 5000 kaki ini memerlukan persediaan mental dan fizikal yang rapi untuk perlaksanaannya, ditambah pula dengan bentuk muka buminya yang mempunyai kecondongan 70′. Tambahan pula, pendakian dilakukan pada waktu malam yang hakikatnya menambahkan lagi cabaran untuk menyempurnakan perlaksanaan aktiviti ini. Pendakian bermula pada 1.30 pagi dan memerlukan lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke puncak.

 

Pengalaman bermalam di puncak gunung merupakan sesuatu yang menarik kerana hanya dengan berbekalkan tikar dan ‘sleeping bag’ dengan suhu yang sejuk menjadikan ekspedisi ini betul-betul mencabar kekuatan kami. Perjalanan turun mengambil masa selama 1 jam. Kami pulang ke Bangalore seusai pendakian turun tamat.

Semoga ekspedisi ini memberi banyak kelebihan dan manfaatnya dalam merapatkan lagi ukhwwah semua peserta. Semoga aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Sehingga ketemu lagi kita di ekspedisi yang akan datang !

 

Laporan disediakan oleh,

Mohd Rafi’uddin Hamidon

Biro Aktiviti ISMA India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s