Buku : Rintangan Perjuangan dalam Kehidupan Berdakwah

Sambungan dari sebelumnya.

Para Sahabat dan Tipu Daya Orang-orang Kafir

Walaupun banyak penentangan yang dilakukan oleh golongan kafir, para sahabat Rasulullah tidak pernah merasa diri mereka lemah, malah semangat mereka menegakkan Islam makin membara. Sebagai contohnya, dalam peristiwa Raji’, pendakwah-pendakwah Islam dibunuh ketika mereka dalam perjalanan ke daerah ‘Adal dan Qarah untuk meyebarkan Islam dan membimbing penduduk di situ.  Antara yang terbunuh adalah Asim bin Sabit.

Selain itu, seorang lagi menerima nasib yang sama namun dalam peristiwa yang lain iaitu Khubaib bin Adi yang dibawa keluar dari Masjidil Haram untuk dibunuh, namun masih sempat untuk menunaikan solat 2 rakaat atas permintaannya sebelum dibunuh. Zaid bin Dhatanah juga adalah sahabat Rasulullah yang dibunuh oleh golongan kafir Quraisy. Beliau menunjukkan kecintaannya kepada Rasulullah di saat ajalnya datang menjemput. Begitu mendalam cintanya kepada Rasulullah SAW kerana enggan membenarkan dirinya diganti nabi untuk dibunuh dan rela berkorban diri untuk nabi SAW.

Dalam kejadian lain di Bi’ri Maunah orang-orang kafir telah mengkhianati 40 orang pendakwah muslim yang diminta oleh Abi Bura’ Amir bin Malik yang asalnya telah disepakati untuk dibawa ke Najid untuk menyebarkan dakwah Islam. Contoh yang lain pula, dalam perang Uhud, tujuh orang Ansar telah menggadaikan nyawanya, mereka mati syahid mempertahankan Rasulullah SAW. Di samping itu, dalam perang Yarmuk, lkramah bin Abi Jahal bersama-sama 400 orang pejuang Islam telah berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir sehingga ramai yang mati syahid dan luka-luka.

Penderitaan Pemimpin Dan Para Du’at Sepanjang Sejarah

Pemimpin dan para du’at telah menempuhi pelbagai rintangan dalam mempertahankan Islam dan sejarah juga telah membuktikannya. Antara contohnya, Sa’id bin Al-Musayyab RA yang enggan menjadi pengikut Abdul Malik bin Marwan. Beliau telah dihukum sebat 50 kali. Selain itu, Sa’id bin Jubair juga telah disembelih kerana telah menyebabkan Hajjaj bin Yusuf, penguasa fasiq dan Bani Thaqif murka.

Contoh yang sangat jelas juga pernah terjadi pada Imam Abu Hanifah an-Nu’man yang tidak bersetuju dengan politik Abi Ja’far Al-Mansur. Imam telah dipukul dan diracuni sehingga mati. Tidak hanya kepada Imam Abu Hanifah sahaja, namun Imam Ahmad bin Hanbal. Al-Mu’tasim telah menyeksa imam sehingga beliau kembali ke rahmatullah.

Untuk penjelasan topik seterusnya, insyaAllah pada post yang lain…

Unit Media ISMA India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s