Kenapa mahu belajar di luar negara?

Jika kita lihat dalam lembaran sejarah, ramai tokoh perubahan masyarakat pernah belajar di luar negara. Saya tertarik dengan kisah Kyiai Haji Ahmad Dahlan, tokoh yang menubuhkan gerakan Muhammadiah, antara gerakan pembaharuan Islam yang terbesar di Indonesia, usia pergerakan itu sudahpun mencecah seratus tahun. Bermulanya usaha tajdid beliau di dalam masyarakat selepas beliau pulang dari menuntut di Mekah.

Tidak kurangnya juga dengan tokoh di Malaysia sendiri seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, turut berpeluang menuntut dan mengembara ke luar negara.

Persoalannya, apa faktor yang menyebabkan mereka ini mampu menjadi indvidu penggerak masyarakat, langsung menjadi ejen yang mengubah masyarakat ke arah kebaikan?

Mereka belajar di luar negara, begitu juga kita.

Apa lebihnya mereka yang berpeluang untuk belajar di luar negara, apa kurangnya mereka yang belajar di dalam negara?

Realiti saya, realiti anda juga

Sebelum melangkah lebih jauh saya mahu membawa pembaca untuk membuat refleksi terlebih dahulu tentang sebab-sebab kenapa kita belajar di luar negara.

Saya adalah pelajar perubatan tahun ke-4 di India. Apabila adik-adik yang baru datang ke India atau masih dalam persediaan ditanya  tentang kenapa mereka mahu belajar perubatan di India, jawapan yang biasa saya dengar adalah sangat tipikal.

Jawapan pertama yang sangat biasa adalah: “Sebab banyak mayat… best sikit belajar anatomi, boleh faham dan ingat dengan mudah!”


Antara jawapan lain yang timbul:

“Sebab di India banyak patient, kita boleh sentuh dia, boleh examine dia, dan macam-macam lah. Hands-on experience tu banyak yang kita akan dapat.”

“Sebab di India ada banyak penyakit. Kita dapat tengok dan belajar semua tu dengan lebih dalam.”

Dan banyak lagi alasan-alasan yang timbul, kenapa bestnya belajar di India.

Tetapi, pengalaman itu mengajar…

Setelah empat tahun berada di India, saya dapat perhatikan, mayat memang banyak, pesakit memang banyak, penyakit memang banyak, tambahan pula, tenaga pengajar semuanya sangat pakar, dan mengajar dengan sangat baik. Namun demikian, tidak ramai yang dapat memanfaatkan semua kelebihan-kelebihan yang tersedia di India.

Realiti yang berlaku, mayat banyak, ketika ‘dissection’ kita borak-borak. Pesakit berlambak-lambak, kes pula semua menarik, tapi yang pergi ‘posting’ tak sampai separuh kelas. Pensyarah sangat hebat. Sesetengah tu buat kepakaran di US, UK dan sebagainya, tapi dalam kelas kita tidur.

Apa bezanya tokoh tajdid dengan kita? Apa yang kita boleh dapati di luar negara?

Apa yang kita dapat sebenarnya di luar negara? Di mana silap kita apabila kita mula-mula meletakkan harapan sebelum berangkat dari KLIA ke luar negara?  Apa beza kita dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy? Apa bezanya kita dengan KH Dahlan? Mari saya bawa anda untuk jelaskan apa yang ada di kotak fikiran saya:

  1. Kita hanya meletakkan target-target yang hanya akan mengisi keperluan akademik dan kerjaya kita tanpa meletakkan target-target untuk mencari erti hidup sekaligus membina jati diri.
  2. Target-target akademik yang kita letakkan itu tidak terlaksana pun sebenarnya. Lihatlah realiti apabila kita banyak bermain, hanya serius apabila peperiksaan menjelma.

Apa bezanya kita dengan tokoh tajdid negara kita dan negara jiran serta banyak negara-negara islam yang lain? Apa yang mereka dapat dan apa yang kita ketinggalan? Argumentasi saya yang utama terletak pada perenggan ini. 

  1. Perasankah kita, selama kita membesar di dalam negara kita, pendidik kita yang utama bukanlah ibu-bapa kita tetapi ‘environment’ sekeliling kita.  Semua faktor yang berada di sekeliling kita yang membentuk peribadi kita pada hari ini. Televisyen contohnya banyak membentuk identiti kanak-kanak pada zaman moden ini. Lihat sajalah Justin Bieber. Habis semua kanak-kanak, remaja Malaysia mahu berpakaian seperti JB, mahu ada style rambut seperti JB, mahu menari seperti JB, mahu jadi awek kepada JB.
  2. Perasankah kita, bahawa semua faktor ini disuapkan kepada kita secara paksa tanpa kita pinta. Tidak kita pinta untuk menonton Justin Bieber di TV3 apabila kita mula buka TV. TV3 yang pandai-pandai menyiarkan video clip JB, lalu kita pun terdidik dengan JB. Tidak kita pinta juga untuk membaca berita-berita berunsur seks di akhbar-akhbar tabloid. Akhbar tersebutlah yang pandai-pandai menyiarkannya di muka depan lalu kita ‘terbaca’. Tanpa kita sedari, beginilah identiti kita dibentuk. Tanpa asas ilmu agama yang kukuh, semua ini disuapkan secara paksa ke dalam minda kita.
  3. Apabila kita berada di luar negara, kita tidak lagi akan terus-menerus disuap dengan agenda-agenda TV, akhbar dan sebagainya secara paksa. Kerana di luar negara tidak ada lagi TV3, tidak ada lagi NTV7, tidak ada lagi akhbar-akhbar tabloid dengan berita memualkannya. Sebaliknya ada siaran-siaran TV yang tidak ada kaitan secara langsung dengan minat kita. Contohnya di India, TV nya menyiarkan klip video lagu Hindustan, tamil dan Kannada yang tidak kita fahami dan tidak kita minati. Ia langsung tidak ada kaitan dengan budaya kita, sekaligus tidak mampu mempengaruhi jati diri kita. Saya tidak jumpa lagi setakat ni, pelajar Malaysia yang jadi gila filem Kannada selepas menonton video klip lagunya setiap hari, lalu mahu meniru gaya artisnya.
  4. Maka apabila kita berada di luar negara kita sebenarnya telah bebas dari pengaruh-pengaruh negatif yang mampu merosakkan kita tanpa kita sedari. Hakikatnya kita bebas untuk memilih apa yang mahu dibaca, apa yang mahu ditonton malah dengan siapa mahu kita berkawan.
  5. Tokoh-tokoh tajdid mampu menjadi orang yang hebat setelah belajar di luar negara kerana mereka mengambil peluang sebaiknya untuk membentuk jati diri yang sebenar setelah mereka bebas dari pengaruh negatif yang berada di tempat asalnya. Tempat KH Dahlan dipenuhi dengan khurafat, tahyul dan sebagainya. Beliau mampu melihat kepincangan semua ini setelah merantau ke Mekah selama 5 tahun.

Ayuh kita ubah semula target yang kita mahu capai selama keberadaan kita di luar negara ini. Jangan hanya sempitkan tujuan kita di luar negara semata-mata untuk mendapatkan kelebihan akademik yang terdapat di sini. Luaskan tujuan kita dengan mengambil peluang membentuk jati diri Islam yang sejati sementara kita bebas dari pengaruh negatif yang terdapat di negara kita sendiri.

Ambil peluang ini untuk menonton video-video islamik, membaca karya-karya yang mendekatkan kita dengan Allah, berita-berita tentang nasib umat Islam di luar negara, dan yang paling penting bersahabat dengan kawan-kawan yang mahu berubah dan membentuk jati diri islamik. Bangkitlah bersama-sama membina bi’ah solehah di bumi India ini.

Membina Generasi Harapan di bumi India

Timbalan Pengerusi ISMA India

Anas Aminin W M Izzuddin

One response to “Kenapa mahu belajar di luar negara?

  1. teringin nak belajar di mesir bertuah sungguh mereka dapat belajar disana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s