Buku : Hambatan-hambatan Dakwah

Karya oleh : Ahmad Ar-Rasyid

Merdeka atau Belenggu?

Untungnya kita dilahirkan sebagai orang Islam adalah kita diajar melalui budaya kita supaya mengingati mati. Jika tidak mengingati mati sekalipun kita diajar sekurang-kurangnya untuk memahami hakikat bahawa kita akan mati. Sejak dari kecil kita diajak oleh ibubapa, nenek dan atuk kita untuk pergi solat jenazah, hadir di majlis tahlil di kampung-kampung dan yang paling romantis, melawat kubur di pagi raya. Oleh yang demikian saya membuat kesimpulan ringkas di sini bahawa semua yang membaca artikel saya ini faham tentang hakikat bahawa mereka akan mati suatu hari nanti.

Memahami hakikat ini membuatkan kita mengerti bahawa hidup kita ini dibelenggu oleh kematian dan umur yang pendek. Memahami hakikat kematian dan umur yang pendek menjadi tenet yang sangat penting dalam ajaran Islam. Malah Nabi SAW mengajar kita bahawa mereka yang paling bijak adalah mereka yang mengingati mati. Nabi SAW juga menzahirkan kebimbangannya akan ummat akhir zaman yang berpenyakit wahan yakni takut mati dan cintakan dunia.

Manusia hidup terbelenggu

Maka mati itu satu belenggu, begitu juga umur yang pendek yang mana kedua-dua belenggu ini adalah belenggu yang pasti dan tidak dapat dielakkan, walau menyorok di dalam peti besi sekalipun. Tidak cukup dengan dua belenggu yang pasti ini, sedar atau tidak, manusia dibelenggu oleh salah satu dari dua ikatan yang besar; samada ikatan Tuhan atau ikatan nafsu.

Di atas kefahaman inilah Ibnu Taimiyah mengeluarkan madahnya yang indah: “Orang yang terpenjara adalah orang yang hatinya dihalangi oleh Tuhannya, sedangkan orang yang ditawan adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya”

Mereka yang tidak bijak adalah mereka yang membelenggu dirinya dengan ikatan atau tawanan hawa nafsu.

Hari ini bukan lagi perkara asing untuk menyaksikan pemuda-pemudi yang obses kepada sesuatu minat yang tidak mendatangkan faedah. Kita ambil contoh obses kepada Computer Game. Kadang-kadang kita yang tidak terikat dengan obsesi ini hairan melihat mereka yang obses Computer Games. Mereka tahu game itu merosakkan mereka, merudumkan pelajaran mereka, tidak menyihatkan dan sebagainya. Mereka sendiri yang kadang-kadang menyesal kerana sudah terjebak dengan obsesi ini, tetapi mereka sendiri terus-menerus menenggelamkan diri di dalam obsesi tersebut. Inilah yang kita katakan sebagai diri yang ditawan oleh hawa nafsunya. Seandainya ia merenungi dirinya nescaya ia akan hairan dengan pilihannya untuk ditawan hawa nafsu.

Merdeka Dengan Ikatan Ilahi

Manusia itu adalah seorang HAMBA. Apakah sifat seorang hamba? Seorang itu sentiasa terikat tali dilehernya. Ia tidak bebas sama sekali. Itulah HAMBA. Maka manusia pada keseluruhannya adalah seorang hamba. Ia hanya ada satu kebebasan iaitu kebebasan untuk memilih samada mahu diikat dengan tali Allah atau diikat dengan tali nafsu.

Ayuh hayati syair hati Abdul Wahhab Azzam:

“Seorang merdeka membelenggu diri dengan senang hati, dia tidak rela terbelenggu kecuali oleh belenggu yang satu ini… Sedangkan seorang hamba, rela dengan semua belenggu, kecuali belenggu hawa nafsu terhadap dirinya”

 Ramai yang hatinya keras mengatakan bahawa ikatan ketuhanan itu adalah satu belenggu yang jumud. Maka dia membebaskan dirinya dari ikatan ketuhanan dan menyatakan bahawa dia adalah seorang yang merdeka  walhal dia tidak sedar bahawa dia adalah seorang HAMBA. Bebasnya dia dari ikatan ketuhanan akan membiarkan dirinya berkelana bersama hawa nafsu, sebagaimana madah Walid al-A’zhami:

“Apabila hati tidak terikat dengan Allah
 Maka, ia akan berkelana bersama hawa nafsu
 Kebebasan yang bernama ikatan
 Atau kekacauan dan kebingungan yang bernama kebebasan?”

Hamba yang merdeka atau Hamba yang tertawan?

Ayuh sahabat-sahabat kita refleksi dan koreksi diri. Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihlah untuk menjadi HAMBA kepada TUHAN pasti anda akan merdeka kerana janjinya Tuhan itu adalah Syurga. Hindarilah dari menjadi HAMBA kepada HAWA NAFSU kerana janjinya adalah penjara yang bernama neraka.
Anas Aminin W M Izzuddin
Timbalan Pengerusi
ISMA India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s