Monthly Archives: May 2011

Buku : Rintangan Perjuangan dalam Kehidupan Berdakwah

Sambungan dari sebelumnya.

Para Sahabat dan Tipu Daya Orang-orang Kafir

Walaupun banyak penentangan yang dilakukan oleh golongan kafir, para sahabat Rasulullah tidak pernah merasa diri mereka lemah, malah semangat mereka menegakkan Islam makin membara. Sebagai contohnya, dalam peristiwa Raji’, pendakwah-pendakwah Islam dibunuh ketika mereka dalam perjalanan ke daerah ‘Adal dan Qarah untuk meyebarkan Islam dan membimbing penduduk di situ.  Antara yang terbunuh adalah Asim bin Sabit.

Selain itu, seorang lagi menerima nasib yang sama namun dalam peristiwa yang lain iaitu Khubaib bin Adi yang dibawa keluar dari Masjidil Haram untuk dibunuh, namun masih sempat untuk menunaikan solat 2 rakaat atas permintaannya sebelum dibunuh. Zaid bin Dhatanah juga adalah sahabat Rasulullah yang dibunuh oleh golongan kafir Quraisy. Beliau menunjukkan kecintaannya kepada Rasulullah di saat ajalnya datang menjemput. Begitu mendalam cintanya kepada Rasulullah SAW kerana enggan membenarkan dirinya diganti nabi untuk dibunuh dan rela berkorban diri untuk nabi SAW.

Dalam kejadian lain di Bi’ri Maunah orang-orang kafir telah mengkhianati 40 orang pendakwah muslim yang diminta oleh Abi Bura’ Amir bin Malik yang asalnya telah disepakati untuk dibawa ke Najid untuk menyebarkan dakwah Islam. Contoh yang lain pula, dalam perang Uhud, tujuh orang Ansar telah menggadaikan nyawanya, mereka mati syahid mempertahankan Rasulullah SAW. Di samping itu, dalam perang Yarmuk, lkramah bin Abi Jahal bersama-sama 400 orang pejuang Islam telah berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir sehingga ramai yang mati syahid dan luka-luka.

Penderitaan Pemimpin Dan Para Du’at Sepanjang Sejarah

Pemimpin dan para du’at telah menempuhi pelbagai rintangan dalam mempertahankan Islam dan sejarah juga telah membuktikannya. Antara contohnya, Sa’id bin Al-Musayyab RA yang enggan menjadi pengikut Abdul Malik bin Marwan. Beliau telah dihukum sebat 50 kali. Selain itu, Sa’id bin Jubair juga telah disembelih kerana telah menyebabkan Hajjaj bin Yusuf, penguasa fasiq dan Bani Thaqif murka.

Contoh yang sangat jelas juga pernah terjadi pada Imam Abu Hanifah an-Nu’man yang tidak bersetuju dengan politik Abi Ja’far Al-Mansur. Imam telah dipukul dan diracuni sehingga mati. Tidak hanya kepada Imam Abu Hanifah sahaja, namun Imam Ahmad bin Hanbal. Al-Mu’tasim telah menyeksa imam sehingga beliau kembali ke rahmatullah.

Untuk penjelasan topik seterusnya, insyaAllah pada post yang lain…

Unit Media ISMA India

Ziarah Belgaum

Daurah Shahadatul Haq

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya ziarah ke USM-KLE International Medical Programme, Belgaum, India pada 21 mei 2011, hari Sabtu yang lalu berjalan seperti yang dirancang oleh pihak ISMA India. Belgaum merupakan daerah di bawah naungan Karnataka dan merupakan daerah yang ke-4 terbesar di Karnataka.

ISMA India telah diwakili oleh Naib presiden dan Setiausaha kami sebagai tanda perkenalan dan ukhuwwah kami yang sentiasa berpanjangan untuk sahabat-sahabat di sana. Ziarah kali ini juga lebih memfokuskan tentang penjelasan matlamat tarbiyah dalam kehidupan muslim itu sendiri.

Semoga ukhuwwah ini terus berpanjangan

Antara program yang dijalankan adalah Daurah Shahadatul Haq. Daurah ini diadakan di Dewan Makan USM Belgaum bermula  jam 8 malam. Shahadatul Haq atau Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah adalah suatu seruan yang dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi dan ditujukan untuk seluruh manusia. Melalui seruan ini beliau menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah Islamiyyah. Di samping turut menampilkan pendekatan yang digunakannya bagi mengetengahkan keistimewaan dakwah ini dan membawa manusia berkongsi bersama segala keindahannya.

Alhamdulillah, daurah ini dihadiri oleh semua pelajar muslim USM Belgaum. Respon mereka terhadap pembentangan sangat positif, dilihat melalui sesi soalan pengukuhan. Perbincangan menjadi semakin menarik dengan terdapat juga beberapa soal jawab yang timbul. Semoga ilmu yang dikongsi bersama lebih manfaatnya. Ukhuwwah yang terjalin kini kita lebihkan keserasiannya, semoga juaga dengannya kita akan lebih bersemangat melaungkan panji-panji Allah agar Islam terus dimartabatkan.

Akhowwat di Belgaum

Sehingga berjumpa lagi kelak. Salam perjuangan dan ukhuwwah dari ISMA India untuk ikhwwah dan akhowwat di Belgaum. Wassalam.

Unit Media ISMA India

Dean’s List Awards

dari kiri: Hasbi, Farah Inani, Dato’ Presiden MSU, Farid Nazmi, Rafi.

Pada hari Sabtu, 21 Mei 2011, satu majlis penghargaan, Management and Science University (MSU) Dean’s List Awards Ceremony telah dilangsungkan di Dewan Auditorium International Medical School (IMS) Bangalore campus, Bangalore, India. Majlis ini di dirasmikan oleh Prof. Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU, diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Junainah Abd. Hamid merangkap Ketua Pegawai Pemasaran MSU (CEO).

Tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah sebagai penghargaan kepada pelajar Perubatan di IMS Bangalore di atas kecemerlangan yang ditunjukkan dalam bidang akademik. Di antara penerima Anugerah Dekan ini termasuklah 3 orang ahli ISMA India (gambar) iaitu Farah Inani bt Abdul Razak (tahun 4), Mohd Rafi’uddin Bin Hamidon (tahun 2) dan Tuan Mohd Amirul Hasbi Bin Tuan Pail (tahun 2). Semoga dengan kejayaan mereka dapat menyemarakkan lagi keazaman untuk berjaya dalam kalangan pelajar. 

Sekian. 

Penilaian seseorang, pada kitakah?

Sikap menilai terkadang wujud dalam diri seorang manusia. Namun, sejauh mana kelayakan kita dalam menilai seseorang? Sempurna sangatkah iman kita sehingga kita mampu menilai iman seseorang itu?

“Uish, tengok budak tu… kerjanya asyik melepak je. Tak sedar lagi ke yang tabiat tu membuang masa? … tengok aku ni,  sekurang-kurangnya aku pergi masjid.” Monolog seorang insan.

Kenapa saya utarakan monolog di atas? Mungkin manusia tidak sempurna. Sering melakukan dosa dan kesalahan. Namun, kita tidak layak untuk menggelarkan kita lebih baik dari orang lain. Iman itu hanya Allah sahaja yang mampu menilainya. Keikhlasan amalan dan perbuatan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. MasyaAllah, SubhanAllah. Mungkin juga kata-kata ini pernah terlintas di hati-hati kita. Betapa riaknya, betapa takaburnya hambaMu ini Ya Allah. Sedangkan kita tahu bahawa semua umat Islam adalah sama sahaja. Hanya membezakan kita adalah amalan dan iman kita.

Continue reading

Kenapa mahu belajar di luar negara?

Jika kita lihat dalam lembaran sejarah, ramai tokoh perubahan masyarakat pernah belajar di luar negara. Saya tertarik dengan kisah Kyiai Haji Ahmad Dahlan, tokoh yang menubuhkan gerakan Muhammadiah, antara gerakan pembaharuan Islam yang terbesar di Indonesia, usia pergerakan itu sudahpun mencecah seratus tahun. Bermulanya usaha tajdid beliau di dalam masyarakat selepas beliau pulang dari menuntut di Mekah.

Tidak kurangnya juga dengan tokoh di Malaysia sendiri seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, turut berpeluang menuntut dan mengembara ke luar negara.

Persoalannya, apa faktor yang menyebabkan mereka ini mampu menjadi indvidu penggerak masyarakat, langsung menjadi ejen yang mengubah masyarakat ke arah kebaikan?

Mereka belajar di luar negara, begitu juga kita.

Apa lebihnya mereka yang berpeluang untuk belajar di luar negara, apa kurangnya mereka yang belajar di dalam negara?

Continue reading

10 muwasafat tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Continue reading

Riadah Pagi

“Dan dua nikmat agung yang sentiasa diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan masa yg lapang.” (hadith riwayat Imam Bukhari, Tarmizi, Ibn Majah)

Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya mengerakkan hati-hati dan kaki-kaki kami, akhawwat untuk turun bersama-sama beriadah. Riadah ini bukan sahaja bertujuan mencergaskan badan, malah merapatkan lagi ukhuwwah antara kami. Riadah bermula seawal pukul 7.00 pagi dan tamat pada jam 8.30 pagi. Riadah ini dilakukan di Rooftop di Dwellington Apartment. Riadah ini lebih berkonsepkan ‘aerobik’. Terima kasih kepada akhwwat yang mengelola aktiviti ini. Tahniah kepada yang turut bersama mengikutinya.

Semoga riadah ini menyatukan hati-hati yang ikhlas berjuang di medan dakwah ini. Apabila otak cerdas, pemikiran akan makin mantap. Apabila badan cergas, ibadah makin sempurna, InsyaAllah. Seusainya bersenam, sedikit pengisian dan tazkirah disampaikan dari seorang akhwwat kepada kami. Pengisian tertumpu kepada perbincangan tentang 10 muwasafat tarbiyah. Penekanan juga diberi kepada :

1. (Qawiyyal Jism) / Sihat tubuh badan. Apabila tubuh badan kita sihat, kita akan lebih tenang dan ikhlas dalam beribadat. Kita akan menjadi orang yang kuat untuk menambahkan ibadah kerana Allah.

2. (Mujahadah ala nafsi) / Melawan hawa nafsu. Nafsu tidur pasti lebih hebat dari bangun pagi untuk beriadah. Kekentalan melawan hawa nafsu menggerakkan hati dan anggota untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Unit Media ISMA India