Monthly Archives: December 2010

Hebahan : Ceramah Umum : Asma’ Allah – As-Syakur

Perhatian kepada pelajar IMS Bangalore, ISMA India akan menganjurkan sebuah Ceramah Umum. Berikut adalah butiran ceramah tersebut :

a) Lokasi : Surau Al-Muhajirin (Surau Baru IMS Bangalore)
b) Masa : 8.30 mlm
c) Tarikh : Sabtu, 25 Dec 2010
d) Tajuk : Asma’ Allah – As-Syakur
e) Penceramah : Norzafry Norhalim

Di jemput para pelajar untuk sama-sama mencari ilmu sebagai tuntutan setiap muslim. Jumpa di sana !!

“Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”

Biro Media ISMA India

Jom turun ke padang

Beberapa hari yang lalu saya berpeluang bermain bola bersama beberapa remaja selepas dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada mereka. Beriadah bersama remaja adalah salah satu aktiviti yang sangat saya nantikan jika diberikan peluang. Walaupun keinginan mempersembahkan permainan terbaik begitu kuat di hati, namun kekuatan stamina orang 40-an ini pastinya tidak setangkas kebanyakan mereka yang bermain di padang pada pagi tersebut.

Namun mengharukan saya apabila beberapa remaja keluar terlebih awal kerana ‘pancit’ walaupun baru berusia belasan tahun. Nah… bagaimana anak muda ini akan mendepani tugasan kebajikan dan dakwah yang lebih berat apabila kita cepat ‘pancit’ dengan permainan berbentuk fizikal seumpama bermain bola ini.

Kesihatan yang baik adalah satu keperluan hidup yang asasi dan mesti dijaga oleh semua. Apatah lagi buat mereka yang bergelar aktivis dakwah. Ramai di kalangan aktivis mampu menjaga solat dan aktiviti-aktiviti dakwah serta mampu memenuhi apa jua jadual yang dirancangnya tetapi kurang berjaya atau gagal di dalam merancang dan menjaga kesihatan tubuh badannya.

Continue reading

Masa yang banyak, apakah agenda yang mengisinya?

Setelah menempuh alam pekerjaan, saya banyak kali berfikir adakah saya telah menggunakan masa sebagai pelajar dahulu dengan baik? Atau saya hanya bazirkan semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu diri dan sahabat-sahabat?

Setelah menempuh alam pekerjaan, saya tidak ada masa yang banyak. Setiap hari kebanyakan masa dihabiskan dengan bekerja, 8-12 jam sehari. Cuti sudah kurang, hanya 5-6 minggu setahun jadi masa perlu diurus dengan berkualiti antara keperluan diri, keluarga, organisasi dan masyarakat.

Apabila memikirkan pelajar-pelajar hari ini, saya rasa mereka sangat beruntung, mempunyai masa lapang atau cuti yang banyak lalu boleh merancang apa sahaja! Kalau belajar di Australia setahun belajar hanyalah selama 8 bulan, hampir 4 bulan atau lebih sedikit adalah masa pelajar bercuti atau berehat. Walaupun ia bergantung juga kepada kursus yang diikuti, tapi masih lagi pelajar mempunyai masa luang yang banyak.

Continue reading

Ijtimak Tarbawi Nasional perkasakan agenda ISMA ubah masyarakat melalui tarbiyah

PEDAS Seramai lebih 400 pemimpin-pemimpin tarbiyah dalam ISMA dari seluruh negara serta cawangan-cawangan ISMA luar negara telah berhimpun dalam Ijtimak Tarbawi Nasional yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Program ini telah berlangsung pada 3-5 Disember 2010 di Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan.

Program selama dua hari ini disusun selaras dengan pendekatan ISMA yang menjadikan tarbiyah sebagai tiang utama dalam agenda pembinaan jamaah Islam, yang secara langsung menentukan jatuh bangunnya ISMA.

Ianya padat dengan pembentangan beberapa kertas kerja dan forum serta aktiviti-aktiviti ibadah yang diwajibkan ke atas setiap peserta, bertujuan untuk memperkemaskan amal tarbawi ISMA.

Dalam temuramah bersama Ustaz Mohd Azizee Hassan selaku pengarah program, beliau menerangkan, “Ijtimak ini mempunyai beberapa objektif, iaitu untuk mengukuhkan makna intima’ peserta kepada jamaah, mengulangkaji semula maksud tarbiyah yang dibawa oleh ISMA, memantapkan kefahaman peranan murabbi dan mengukuhkan ukhuwwah sesama peserta”.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA, melalui laman Facebook beliau berkata, “Ijtimak dua hari ini menggariskan hala tuju jelas untuk para murabbi dan nuqaba’ dalam menjayakan agenda ISMA untuk membangunkan sebuah bangsa yang kuat dan memiliki risalah”.

Para ahli ISMA juga menyakini bahawa kekuatan tarbiyah akan menjadi pengukur kelangsungan hayat ISMA.

Sumber: Laman ISMA Web

 

Aktiviti : Rehlah Siswi Anjuran ISMA India

Surah al Haj ayat 46 “

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” Allah taala memberi peringatan kepada manusia bahawa pengembaraan di atas dunia adalah sangat memerlukan kita menghayati seluruh kehidupan ini.

Bangalore, 5 December- Biro Aktiviti ISMA-India telah menganjurkan satu rehlah siswi yang bertempat di Lalbagh Garden yang terletak kira-kira 10 km dari penempatan pelajar. Rehlah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 23 orang siswi, rata-rata terdiri daripada siswi 2nd batch hingga 5th batch.

Continue reading

Perutusan Takziah buat saudara Ahmad Kamaruzaman bin Mohamad dan keluarga

“Setiap yang hidup pasti akan mati, dan Kami menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai suatu ujian, dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan.” (Surah Al-Anbiya’)

Takziah diucapkan kepada saudara Ahmad Kamaruzaman bin Mohamad. Nenda beliau telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, 5 Disember 2010(Ahad). Kamaruzaman merupakan pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di International Medical School Bangalore.

Pihak ISMA India mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat naugan Ilahi. ISMA India turut mendoakan agar Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara Kamaruzaman dan keluarga agar terus tabah untuk menghadapi ujian sebegini.

 

Hebahan : Rehlah Siswi Anjuran ISMA India

Jom Rehlah…dalam Winter Rehlah !!!

” Moga Allah tautkan hati-hati kita dalam persahabatan menuju sinar keimanan “