Aktiviti: Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) – Antara kesibukan dan tanggunggjawab terhadap Allah.

Qiyamullail Jama'ie

BANGALORE, 27 November – Ketika sibuk seharian dengan urusan dunia, urusan akhirat juga perlu kita lakukan untuk mendapat keberkatan hidup daripada Allah dan sebagai persediaan kita untuk bertemu-Nya kelak. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu-Nya dengan bekalan yang kita ada sekarang? Tepuk dada tanya Iman.

Tadarus Al-Quran

Dalam berusaha menjadi individu muslim, Qiamullail merupakan salah satu aspek yang penting bagi membentuk sifat jihad yang tinggi dan menjadikannya sebagai satu amalan wajib untuk semua umat Islam supaya dapat menjadi khalifah yang betul-betul sanggup menegakkan agama Allah.

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji.” (79: Al-Israa)

Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan “Qiamullail” dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah lagi di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kabaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)” (15-18: Adz-Dzaariyat)

Tazkirah Pagi oleh Ustaz Jauhar Al-Hafiz

ISMA cawangan India telah berjaya menganjurkan Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) bertempat di surau International Medical School (IMS) yang menghimpunkan pelajar perubatan di IMS ini dengan kehadiran seramai 16 orang mahasiswa.

Dalam program ini, beberapa pengisian telah disusun bagi mencapai objektif dan matlamat. MABIT dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ikatan akidah dan silaturrahim sesama pelajar disini tidak kira umur disamping mengajak semua pelajar untuk mempraktis cara Islam yang sebenarnya dalam menjalani kehidupan seharian walaupun bermastautin di negara bukan Islam.

Bermain bola sepak

Rumusan dan sedikit pengisian daripada saudara Fatah

Menurut Pengarah Program, Mohd Rafi’uddin bin Hamidon, pelajar perubatan tahun kedua, program MABIT ini akan diadakan pada setiap minggu ke-empat setiap bulan. Program sebegini perlu diadakan selalu supaya kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah ujarnya lagi.

Semoga Allah menerima semua amalan kita. Insha Allah.

ATURCARA:

MASA AKTIVITI
11.00 pm Berkumpul di surau
11.15 pm Membaca surah Al-Mulk beramai-ramai
11.30 pm Tazkirah ringkas oleh saudara Anas
11.35 pm Tidur
3.30 am Bangun dan menyiapkan diri
4.00 am Qiamullail berjemaah
5.00 am Tadarus Al-Quran
5.30 am Solat subuh berjemaah
5.45 am Membaca Al-Mathurat
6.00 am Kuliah pagi online bersama Ustaz Jauhar Al-Hafiz daripada Malaysia bertajuk“hari akhirat dan persediaan menghadapinya”
6.30 am Sarapan pagi
8.00 am Riadah: Bola sepak
10.00 am Rumusan ringkas yang disampaikan oleh saudara Fatah

Jumpa anda di MABIT akan datang! Insha Allah

Laporan disediakan oleh,

Mohd Rafi’uddin bin Hamidon

Biro Aktiviti ISMA India.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s