Monthly Archives: November 2010

Hebahan: Rehlah Siswi Anjuran ISMA India

Rehlah SISWI anjuran ISMA India 

Butir-butir berkenaan rehlah adalah seperti berikut:

a) Venue : Lal Bagh Garden
b) Tarikh : 5 Dec 2010 (Ahad)
c) Masa : 7.30 – 11.00 pagi

Mari sama-sama kita jalinkan ukhuwah sambil beREHLAH.

” Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. ”

Media isma india

Advertisements

Aktiviti: Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) – Antara kesibukan dan tanggunggjawab terhadap Allah.

Qiyamullail Jama'ie

BANGALORE, 27 November – Ketika sibuk seharian dengan urusan dunia, urusan akhirat juga perlu kita lakukan untuk mendapat keberkatan hidup daripada Allah dan sebagai persediaan kita untuk bertemu-Nya kelak. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu-Nya dengan bekalan yang kita ada sekarang? Tepuk dada tanya Iman.

Tadarus Al-Quran

Dalam berusaha menjadi individu muslim, Qiamullail merupakan salah satu aspek yang penting bagi membentuk sifat jihad yang tinggi dan menjadikannya sebagai satu amalan wajib untuk semua umat Islam supaya dapat menjadi khalifah yang betul-betul sanggup menegakkan agama Allah.

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji.” (79: Al-Israa)

Continue reading

ISMA sumbang 13 ekor lembu kepada penduduk Aceh sempena Aidiladha 1431H

ACEH, 27 November Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sekali lagi telah berjaya melaksanakan Program Ibadah Qurban dan Tautan Kasih bersama anak-anak yatim di Pondok Yatim Ar-Raudhah, Blang Weu Panjou, Lhokseumawe, Aceh, yang merupakan sebuah madrasah penempatan dan pembangunan untuk anak-anak yatim Aceh yang dibangunkan atas usahasama Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) Indonesia, ISMA dan juga Yayasan Ar-Raudhah Malaysia.

Satu rombongan terdiri daripada tujuh orang wakil ISMA telah dihantar untuk menjayakan Projek Qurban tersebut yang telah berlangsung pada 18 sehingga 22 November 2010.

Program yang telah dirancang 3 bulan lebih awal tersebut telah berjaya menarik penglibatan para belia dan orang-orang  kampung di kawasan sekitar Pondok Yatim untuk turut serta. Sebanyak 13 ekor lembu dan beberapa ekor kambing aqiqah berjaya disumbangkan, dan dagingnya telah diagihkan kepada Pondok Yatim tersebut yang mempunyai lebih kurang 60 orang anak yatim lelaki dan perempuan, serta 240 keluarga dalam 6 buah kampung di dalam daerah Lhokseumawe yang rata-ratanya terdiri dari keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah.

Selain daripada aktiviti korban dan aqiqah, para peserta rombongan juga mengadakan aktiviti bersama anak-anak yatim, antaranya bacaan tilawah Al-Quran, hafazan, slot motivasi, aktiviti dalam kumpulan yang menekankan aspek kepentingan belajar dan juga sesi persembahan kesenian dari anak-anak yatim dan juga wakil dari ISMA. Para peserta rombongan juga turut menganjurkan aktiviti riadhah di waktu petang dan rehlah di Pantai Biru, Lhokseumawe.

Pegawai PKPU yang mentadbir pondok anak yatim tersebut, En. Hamdani, mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang haiwan qurban pada tahun ini, dan beliau berharap lebih ramai penyumbang dari Malaysia akan sudi untuk melaksanakan ibadah qurban di sana bagi memenuhi keperluan faqir miskin yang belum berkesempatan untuk menerima agihan daging qurban.

Mohd Hamdan Mohd Sharif,
Wartawan Program Qurban Aceh 2010

 

Presiden ISMA mewakili Malaysia dalam misi kemanusiaan OIC

HELIOPOLIS, 27 November – Presiden ISMA yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman bersama Naib Yang Dipertua (YDP) ISMA Seremban Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin tika ini mewakili Negara kita Malaysia dalam sebuah misi kemanusiaan antara benua yang disertai oleh lapan buah negara Islam yang dikelolakan oleh Pertubuhan Islam Sedunia (OIC).

Lapan negara yang diwakili oleh beberapa individu bagi setiap Negara sedang melengkapkan misi yang diketuai oleh Fouad Meznay, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC ini akan menilai situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, khususnya di bidang kesihatan, dan akan mengaktifkan mekanisma penyelarasan di antara organisasi-organisasi kemanusiaan yang berkait dengan OIC , disamping melancarkan sejumlah projek yang kritikal bagi penduduk di Gaza.

Seperti yang kita maklum, kerajaan yang dibentuk berdasarkan system demokrasi pada pilihan raya Palestin 2006 dahulu telah ditekan dan diserang bertubi-tubi hingga ke hari ini dan menyaksikan ribuan masyarakat terbunuh dan ratusan ribu lagi dicengkam tekanan daripada musuh Islam diperingkat antarabangsa.

“Usaha OIC kali ini merupakan suatu langkah kehadapan yang besar dalam usaha membantu masyarakat Gaza,” kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik.

Pada misi kali ini, pihak Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik diamanahkan untuk mengurus system pemusatan maklumat pesakit di Gaza secara khusus dan membantu sistem-sistem sokongan lain secara umum.

“Sistem ini sangat kritikal kerana sebelum ini ramai pesakit yang tidak dapat dirawat dengan sempurna hanya kerana kesukaran mengetahui sejarah pesakit tersebut,” jelas Ustaz Abdullah Zaik.

Beliau juga menjelaskan bahawa dengan terbinanya system ini maka pesakit akan mendapat rawatan susulan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah menurut beliau, dengan system ini juga membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di hospital luar dengan jauh lebih mudah berbanding sebelum ini.

Sistem ini juga akan meningkatkan tahap rawatan pesakit di Gaza ke satu tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Kerjasama dan usaha yang dibina bakal membawa misi kemanusiaan ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Hebahan: Program Malam Bina Iman & Takwa

Aktiviti: ISMA India menganjurkan Klinik Al-qur’an

Bangalore, 13 November 2010 – Seramai 40 orang pelajar perubatan International Medical  School Bangalore (IMS Bangalore) telah menyertai program Klinik al-Qur’an anjuran ISMA India. Program Klinik Al-Qur’an yang menjadi sebahagian tentatif daripada Program Sinar Al-Qur’an ini telah dikendalikan oleh Ustaz Jauhar Al-Hafiz, wakil dari ISMA Gombak yang diterbangkan khas ke Bangalore.

Program bermula seawal 9 pagi di surau IMS. Seramai 10 orang pelajar lelaki telah menyertai sesi pagi ini. Mereka semua bersemangat untuk bertalaqi bersama Ustaz Jauhar. Sudah pasti peluang yang julung-julung kali datang ini tidak mereka lepaskan. Sesi talaqi ini berjalan selama 2 jam. Sesi untuk pelajar perempuan pula diadakan bermula 1 petang. Rata-rata peserta amat berpuas hati kerana mereka dapat membetulkan bacaan Al-Qur’an daripada ustaz yang bertauliah.

Sebelum itu pada 12 November, Ustaz Jauhar telah menyampaikan kuliah ulum Al-Qur’an. Di dalam kuliah ini beliau telah menyentuh tentang sejarah-sejarah perkembangan Al-Qur’an bermula dari turunnya Al-Qur’an, kepada pembukuan, kepada evolusi penulisan, kemunculan tafsir dan cara bacaan yang pelbagai. Sesi ini telah disertai seramai 80 orang pelajar perubatan IMS Bangalore.

Media ISMA India

Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidil Adha 1431H

Bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah s.a.w., waba’du.

Muslimin Muslimat yang berbahagia,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ini 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang dibesarkan oleh Allah s.w.t yang dipanggil Hari Raya Aidil Adha.

Setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak Zaman Jahiliyyah lagi”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya Allah telah menggantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).

Haji perjalanan menuju Allah

Sesungguhnya ibadah haji yang merupakan Rukun Islam ke-5 mempunyai maani yang begitu mendalam dan perlu untuk kita memahaminya.

Seruan ibadah haji telah memanggil seluruh umat Islam. Mereka bangun dan meninggalkan segala kemewahan dan perhiasan dunia untuk menyahut panggilan Ilahi semata-mata untuk melaksanakan ubudiah dalam satu muktamar ibadah, yang mana penjemputnya ialah Allah s.w.t.

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ  لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.” (al-Haj: 28-27)

Continue reading