Aktiviti : Jaulah Mysore mengajar sejarah, merapat ukhuwah

Mysore, 23 Oktober – Mysore, salah sebuah daerah dalam negeri Karnataka yang terletak 140 KM dari Bangalore adalah sebuah bandar yang menyimpan seribu satu sejarah kebangkitan dan kejatuhan kerajaan yang pernah dinaungi oleh pemerintah Islam.

Ahli Jaulah bergambar di laman Istana Musim Panas Tipu Sultan

Pada 23 dan 24 Oktober yang lalu, ISMA India telah menganjurkan sebuah jaulah ke Mysore sempena kedatangan pelajar Tahun Satu International Medical School (IMS) yang baru. Seramai 18 orang siswa dan 30 orang siswi telah menyertai jaulah ini. Siswa berjaulah pada 23 Oktober manakala siswi berjaulah keesokan harinya.

Perjalanan dimulakan seawal 8 pagi menuju ke destinasi pertama kami iaitu Srirangapatna. Srirangapatna, sebuah pekan kecil di dalam daerah Mysore merupakan pekan bersejarah yang dikelilingi kubu yang dibina oleh Tipu Sultan. Destinasi kami yang pertama di Srirangapatna adalah Tipu Sultan Summer Palace yang menyimpan khazanah sejarah pemerintahan Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali.

Istana tersebut menyimpan bukti sejarah kehebatan Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali melawan British di dalam siri peperangan Anglo-Mysore. Sebuah mural pada dinding Istana yang sederhana besar itu menceritakan tentang peperangan tersebut. Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali dinobatkan sebagai wira negeri Karnataka dan mendapat jolokan Tiger of Mysore kerana kehebatan mereka melawan arus penjajahan British.

Destinasi kami seterusnya adalah Masjid Tipu Sultan yang terletak beberapa kilometer dari Tipu Sultan Summer Palace. Masjid yang terletak di dalam kubu lama yang panjangnya menjangkau 4 kilometer ini menyimpan bukti ketaatan Tipu Sultan dengan amalam agama yang asas iaitu solat. Kami berhenti di sini untuk solat dan berehat sambil menghayati sejarah peninggalan Tipu Sultan.

Masjid Tipu Sultan

Usai solat, kami menuju ke arah bandar Mysore, bandar kedua terbersih di India. Destinasi kami adalah Mysore Palace yang dibina keluarga Wodeyar, pemerintah yang diletakkan oleh British setelah kematian Tipu Sultan di tangan British. Istana besar ini menyimpan khazanah kemewahan keluarga diraja Wodeyar di bawah British.

Bergambar di hadapan Mysore Palace

Sebelum pulang ke Bangalore, kami berhenti di Brindavan Garden, sebuah taman bunga yang cantik di tepi empangan besar yang terkenal dengan pertunjukan Musical Fountain.

Di Brindavan Garden

Jaulah Mysore kali ini sememangnya meninggalkan seribu satu kenangan dan pengajaran. Ia mengajar kami erti sebuah perjuangan melalui sejarah dan erti keindahan ukhuwah yang dibina.

Media ISMA India

One response to “Aktiviti : Jaulah Mysore mengajar sejarah, merapat ukhuwah

  1. Syabas ISMA India!
    Jarang betul dengar tentang kisah-kisah sejarah Islam di bumi India.

    Mungkin ISMA India boleh ceritakan lebih lanjut dalam post berikutnya kan?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s