Monthly Archives: October 2010

Zaman belajar itu zaman keemasan

Banyak perubahan di dunia dipelopori golongan muda antaranya
adalah Revolusi Perancis. Contoh di dalam dunia Islam adalah Hassan Al bana dan Muhammad Al Fateh

Sejarah telah membuktikan bahawa perubahan-perubahan besar yang berlaku di dunia ini dimulakan oleh golongan muda sekitar 20-an. Ramai Islamis suka mengambil contoh dari sejarah Islam. Antara yang terkenal adalah Sultan Mahmud Al-Fateh yang membuka Konstantinapole pada umur 21. Hassan Al-Banna juga memulakan gerakan Ikhwan pada umur 20-an. Tetapi kita jangan lupa sunnah kebangkitan yang telah ditetapkan Allah teraplikasi juga kepada non-muslim selagi mereka ini Manusia. French Revolution contohnya menyaksikan kebangkitan yang dimulakan oleh golongan muda 20-an.

Benarkah Kita Pejuang?
Benarkah kita ini pejuang? Atau sekadar berangan menjadi pejuang?

Saya rasa ramai rakan-rakan yang Islamik tahu akan hakikat bahawa dunia Islam hari ini akan terus kerugian andai golongan muda terus tidur dalam buaian hedonisme. Cepat saja untuk kita yang Islamik ini menunding jari menyalahkan kemunduran ummat kepada mereka yang tidak Islamik. Tetapi kita lupa sebenarnya bahawa kita yang Islamik ini juga mungkin tergolong dalam golongan yang merugikan masyarakat. Kenapa?

Aktiviti : Jaulah Mysore mengajar sejarah, merapat ukhuwah

Mysore, 23 Oktober – Mysore, salah sebuah daerah dalam negeri Karnataka yang terletak 140 KM dari Bangalore adalah sebuah bandar yang menyimpan seribu satu sejarah kebangkitan dan kejatuhan kerajaan yang pernah dinaungi oleh pemerintah Islam.

Ahli Jaulah bergambar di laman Istana Musim Panas Tipu Sultan

Pada 23 dan 24 Oktober yang lalu, ISMA India telah menganjurkan sebuah jaulah ke Mysore sempena kedatangan pelajar Tahun Satu International Medical School (IMS) yang baru. Seramai 18 orang siswa dan 30 orang siswi telah menyertai jaulah ini. Siswa berjaulah pada 23 Oktober manakala siswi berjaulah keesokan harinya.

Perjalanan dimulakan seawal 8 pagi menuju ke destinasi pertama kami iaitu Srirangapatna. Srirangapatna, sebuah pekan kecil di dalam daerah Mysore merupakan pekan bersejarah yang dikelilingi kubu yang dibina oleh Tipu Sultan. Destinasi kami yang pertama di Srirangapatna adalah Tipu Sultan Summer Palace yang menyimpan khazanah sejarah pemerintahan Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali.

Istana tersebut menyimpan bukti sejarah kehebatan Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali melawan British di dalam siri peperangan Anglo-Mysore. Sebuah mural pada dinding Istana yang sederhana besar itu menceritakan tentang peperangan tersebut. Tipu Sultan dan ayahnya Hyder Ali dinobatkan sebagai wira negeri Karnataka dan mendapat jolokan Tiger of Mysore kerana kehebatan mereka melawan arus penjajahan British.

Destinasi kami seterusnya adalah Masjid Tipu Sultan yang terletak beberapa kilometer dari Tipu Sultan Summer Palace. Masjid yang terletak di dalam kubu lama yang panjangnya menjangkau 4 kilometer ini menyimpan bukti ketaatan Tipu Sultan dengan amalam agama yang asas iaitu solat. Kami berhenti di sini untuk solat dan berehat sambil menghayati sejarah peninggalan Tipu Sultan.

Masjid Tipu Sultan

Usai solat, kami menuju ke arah bandar Mysore, bandar kedua terbersih di India. Destinasi kami adalah Mysore Palace yang dibina keluarga Wodeyar, pemerintah yang diletakkan oleh British setelah kematian Tipu Sultan di tangan British. Istana besar ini menyimpan khazanah kemewahan keluarga diraja Wodeyar di bawah British.

Bergambar di hadapan Mysore Palace

Sebelum pulang ke Bangalore, kami berhenti di Brindavan Garden, sebuah taman bunga yang cantik di tepi empangan besar yang terkenal dengan pertunjukan Musical Fountain.

Di Brindavan Garden

Jaulah Mysore kali ini sememangnya meninggalkan seribu satu kenangan dan pengajaran. Ia mengajar kami erti sebuah perjuangan melalui sejarah dan erti keindahan ukhuwah yang dibina.

Media ISMA India

Duhai Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Duhai hati
Duhai hati-hati di jari-jari Allah
Berterus teranglah
Saling percayalah
Berpadulah
Berkasih sayanglah
Kamulah hati-hati
yang sesungguhnya berkumpul
berikrar mendokong syariat Nya
Kamulah hati-hati
Yang memikul beban dakwahnya
Kamulah hati-hati
Yang pernah bersumpah
Untuk mengejar piala syahid
Di bumi ketandusan nilai Ilahi

Kami impikan nilai hidup bertuhankan Dia
Kami impikan tenang hidup bersuluhkan Al-Mubin
Kami mahukan roh hidup berbiah nubuwwah

Kapankah?
Mampukah?

Continue reading

HEBAHAN: Destinasi Mysore; Jaulah Menjejaki Sejarah Islam Bumi Karnataka

ISMA India bersama IYA Bangalore berbangga untuk menganjurkan sebuah Jaulah ke Mysore. Jom ramai-ramai kita sertai!!! Pastinya ia bukan satu jaulah yang biasa; ia adalah sebuah jaulah merapatkan ukhuwwah yang pasti akan diingati. Terbuka kepada semua pelajar IMS Bangalore terutamanya kepada pelajar 1st Year 5th batch yang baru sahaja menjejak kaki ke bumi India. Pastinya jaulah ini akan menggamit memori untuk anda!!!

Media ISMA India

Jaulah Tokoh ISMA India mempererat ukhuwah

BANGI, 28 September – Nasihat daripada mereka yang telah lama berjuang di jalan dakwah ini sangat penting bagi anak-anak muda yang ingin turut serta berjuang. Pengalaman dan Ilmu sangat penting untuk diturunkan dari generasi terdahulu kepada generasi harapan yang baru agar mereka tidak tersasar dari landasan. Di atas kesedaran ini, empat orang wakil ISMA India telah menyertai Jaulah Tokoh di Bangi, sebuah jaulah melawat tokoh-tokoh Ikatan Muslimin Malaysia.


Ahli Jaulah tersebut adalah Mohd Nur Ariff, pelajar perubatan semester 5 IMS Bangalore, Mohd Fatah, Tuan Amirul Hasbi dan Mohd Rafi’uddin masing-masing merupakan pelajar semester 3 IMS Bangalore. Mereka telah dibawa melawat  ibu pejabat ISMA dan Pejabat Aman Palestin di Bangi oleh Ustaz Mus’ab. Antara tokoh yang dilawati adalah Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA dan Ustaz Annuar Solleh.

Mengikut Mohd Nur Ariff, antara pesanan yang dikongsi bersama Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA adalah tentang kepentingan memperkukuh Qaedah Sulbah atau ‘Tulang Belakang’ untuk sebuah dakwah. Selain itu mereka turut berkongsi tentang isu kepentingan orang Melayu Islam untuk bersatu.

Semoga Jaulah ini mampu menyuntik semangat yang baru kepada generasi harapan agar dakwah di bumi India terus subur dan  berkembang.

Media ISMA India