Summer Camp ISMA India: Ukhuwwah disemai fikrah dibina

YELLAGIRI HILLS, 4-6 Jun: Seramai 36 orang penggerak ISMA India yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi perubatan di IMS telah menyertai program Summer Camp anjuran ISMA India. Program 3 hari 2 malam ini telah membawa para peserta berkampung di Zeenath Taj Garden, Yelagiri Hills, Tamil Nadu.

Mengikut saudara Anas Aminin selaku Pengarah Projek, Program Summer Camp ini diadakan untuk memupuk nilai ukhuwah di kalangan penggerak serta menerapkan kesedaran akan tanggungjawab para peserta sebagai pemuda Islam.

Di sepanjang program para peserta didedahkan dengan kupasan tajuk-tajuk perbincangan seperti Antara Semalam & Hari Ini, Ghulam Dakwah, dan Wahai Pemuda yang disampaikan oleh Sdr Norzafry dari Sekretariat Antarabangsa ISMA(SEKTAR). Selain itu para peserta juga dibawa beriadah di sekitar Yelagiri Hills sambil merapatkan ukhuwah yang telah dipupuk.

Semoga ukhuwah dan kefahaman yang tersemai mampu membina kekuatan bagi para penggerak ISMA India untuk menjalankan tugas dakwah dan tarbiyyah di India.

Media ISMA India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s