Siri Eksplorasi ad-Deen(SEED) membentuk jati diri Islam



BANGALORE, 9 Mei – “Dakwah adalah kemestian kepada setiap Muslim” dan “Ta’abud tidak perlu kepada untuk melihat hikmah”. Begitulah antara isi-isi kandungan slot Syahdatul Haq dan Usul 20 Imam Hasan al-Banna pada Siri Eksplorasi ad-Deen (SEED) yang pertama kalinya diadakan di Bangalore.

Program SEED ini yang bertempat di F15 Shriram Sadhana, Gokula telah berjaya menarik kehadiran seramai 70 orang pelajar. Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Ahmad Farid Nazmi Bin Abdul Halim selaku Pengarah Projek.

Slot pertama yang bertajuk Syahadatul Haq telah dibentangkan oleh saudara Anas Aminin Bin W. M. Izzuddin. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk kita memahami konteks tanggungjawab yang dibawa oleh syahadah yang diucapkan dalam kehidupan seharian. Tanpa disedari, lafaz syahadah itu mewajibkan kita untuk menyampaikan risalah agama kepada seluruh manusia.
Majlis berhenti rehat seketika untuk solat Zuhur dan makan tengah hari.

Setelah itu, sesi petang diteruskan oleh saudara Zulhilmi Hasif Bin Mahammad Asri yang membincangkan Usul 20 karangan Imam Hasan al-Banna. Matlamat utama perbincangan adalah untuk membawa peserta membina ‘framework’ yang membolehkan seseorang Muslim membuat analisa dan keputusan yang tepat terhadap sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

SEED anjuran ISMA India merupakan satu program yang akan diadakan secara berterusan sebagai wadah untuk membentuk jati diri Islam di kalangan para pelajar di India.

Media ISMA India


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s